Wednesday, October 1, 2014

Review : Wan Satay House Kuantan, Citarasa Satay Yang Sebenar.

Ehem, lama dah tak citer citu pasal makanan ni. Last pun masa review M2 Cafe & Catering tu je. So kali ni i nak review pasal kedai ni. Kalau g kuantan memang selalu la singgah kat sini. Memang puas hati le kalau korang makan kat sini. 

Masa sampai kat sana , keadaan kedai agak penuh sebab semua nak menjamu selera besar. Walau bagaimanapun family i sempat jugak booking meja. Kalau tak tak merasa la makanan kegemaran i tu. Hehehe.. Walaupun bukan hari cuti sekolah, kedai dia mmg penuh. Bagi yang belum tahu lokasi Wan Satay House ni, lokasinya adalah berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia, Jalan Teluk Sisek Kuantan.

Wan Satay House ni menyediakan pelbagai jenis masakkan, antaranya ialah masakkan panas, western, nasi kukus, pelbagai jenis mee & satay.. Haaa, ada banyak lagi sebenarnya tapi i lupa la. hehehe.. So personally, i order spaghetti carbonara & mango juice. nyum3..Total harga makanan i ni dalam rm14. Korang rasa murah ke mahal?



                     Kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat i snap.












Antara makanan yang family i order. Spagheti bolognes tu la my pebret kalau i ke kedai tu.. Ni adalah peta lokasi kedai tu..





Address: A31, Jalan Seri Kuantan 2, Taman Teluk Sisik 25050 Kuantan, Pahang

Rate : 9/10