Tuesday, April 22, 2014

Jawab Isu Pakaian Sendat, Rebecca Akui Sedang Cuba Memperbaiki Diri


Semalam, Murai Batu sedar kecoh di laman sosial dan laman sesawang memperkatakan tentang cara pemakaian pelakon Rebecca Nur Islam yang dilihat sendat dan tidak sesuai dengan imej barunya bertudung itu. BACA SINI: 5 GAMBAR FESYEN BERHIJAB REBECCA NUR ISLAM YANG MELAMPAU

Pelakon yang baru berhijab penuh selepas menunaikan Umrah itu mengenakan pakaian ala jump suit berona merah dan dari penglihatan Murai Batu memang ia agak ketat dari bahagian pinggang hingga ke bawah.

Rakan Murai Batu yang merupakan pengikutnya di laman sosial Instagram itu memberitahu Rebecca sedar apabila pakaiannya itu diperkatakan dan dia telah memuat naik foto kartun Teletubies berwarna merah seperti yang telah disamakan oleh pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini.

Menerusi foto itu Rebecca memberitahu bersyukur kerana dia dan anaknya memang suka akan kartun itu dan sedar ada yang menyebarkan gambar tersebut hanya untuk menjatuhkannya.

Dia seperti agak marah dengan pengikutnya di Instagram yang dipercayai bertanggugkawab menyebarkan gambar-gambar dari akaunnya yang dikatakan private. Dia menganggap pihak itu seorang silent killer dan suka membuat dosa dengan mudah.

Rebecca dalam kapsyennya itu turut memberitahu menerusi pemakaiannya tersebut dia hanya menjadi diri dia sendiri dan sedang mencuba untuk mengikut cara atau jalan Islam yang sebenar kerana menurutnya tiada siapa yang sempurna.


Berikut merupakan kapsyen dari foto Teletubies yang dimuat naik:

“There said I’m a Teletubbies…???Anyway me and my daughter’s Love the TELETUBiES??Alhamdulillah,i notice that the photo circulated to the public was taken from my personal collection in my PRIVATE IG,which is not accessible by the public as it is Lock….i assume that the circulation was made by my followers which intend to tarnish my image for which this character assassination is much worst than the TELETUBBiES……because of this one Silent Killer”FOLLOWER”,the public as made accusation which could result in them getting a FREE sin????GOD bless the Silent Killer.#i be my Self#trying my best to follow the truthful way of ISLAM????#insha Allah,no body is Perfect????#mrsazam#blessed????”


Betul juga tu, tiada siapa yang sempurna dan Rebecca pun baru sahaja berhijab dan Murai Batu rasa berilah dia peluang untuk belajar dari kesilapannya yang dia sendiri tidak sedar.

Sekurang-kurangnya dia telah pun berhijab dan mencuba untuk menjadi Muslimah yang baik, lapor Murai.

No comments:

Post a Comment