Tuesday, April 22, 2014

Fiza Elite Sah Failkan Penceraian, Perbicaraan Disebut Isnin Depan


Setelah membuatkan para peminat tertanya-tanya, akhirnya desas-desus mengenai keretakan rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite terjawab jua. Menurut laporan Harian Metro, Fiza Elite telah pun memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam AF di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada hujung minggu. Kes mereka akan dibicarakan Isnin depan.



Sebelum ini, Adam menafikan sekeras-kerasnya bahawa rumah tangganya sedang bergolak sementara Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya telah memberi sedikit bayangan mengenai keretakan perkahwinan mereka. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes mereka Isnin depan. Semoga jalan penyelesaian yang terbaik akan ditemui oleh pasangan ini.

No comments:

Post a Comment