Friday, March 21, 2014

#MH370: 2 OBJEK BESAR YANG DITEMUI SATELIT ADALAH KONTENA KARGO?



SYDNEY - Dua objek besar yang kini menjadi lokasi tumpuan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 boleh jadi sebuah kontena yang terjatuh dari kapal kargo, menurut beberapa pakar.

Misi pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu diteruskan pada Jumaat selepas usaha mengesan dua objek yang dikesan pada Khamis atau sebarang serpihan pesawat gagal.

Malaysia dan Australia menyifatkan dua objek yang dirakamkan satelit di selatan Lautan Hindi sebagai ‘petunjuk kukuh’ dalam merungkai misteri kehilangan pesawat sejak 8 Mac lalu.

Dua objek itu yang masing-masing sepanjang 24 meter dan 5 meter dipercayai berada di kawasan sejauh 2,500km dari barat daya Perth.

Namun beberapa pakar bimbang dua objek tersebut tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Seorang pakar penerbangan di Universiti New South Wales, Sydney memberitahu agensi berita Associated Press bahawa dua objek itu mungkin merupakan sebahagian kontena yang terjatuh dari kapal kargo di lautan itu.

Seorang lagi pakar, John Blaxland yang juga felo kanan di Pusat Kajian Strategik dan Pertahanan di Australian National University memberitahu CBC News bahawa dia turut mengesyaki objek itu adalah sebuah kontena.

“Agak sukar untuk menganalisis objek tersebut kerana imej itu dirakamkan empat hari lalu. Ini bermaksud imej tersebut mungkin hanyut ke lokasi lain,” katanya, lapor mStar. 

Panggilan Misteri Kapten Dalam Kopkit MH370 Sebelum Berlepas Disiasat



Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas.

Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.

Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Polis sedang menyiasat "faktor manusia" selepas menyimpulkan bahawa komunikasi penerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja.

Malaysiakini

YB Datuk Jahara Desak Dato' Sri Anwar Undur Dari Pentas Politik


Anwar Ibrahim ketua umum PKR yang sedang menghabiskan saki baki masanya di arena politik negara sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap rayuannya berkenaan keputusan kes liwat Mohd Saiful Bukhari , kini di tempelak oleh YB Datuk Jahara Hamid Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang.

Jahara dalam kenyataannya menasihatkan Anwar Ibrahim supaya segera berundur daripada arena politik memandangkan keputusan mahkamah tidak menyebelahi beliau.

Malahan Anwar telah di kaitkan dengan pelbagai tuduhan yang sebenarnya telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pemimpin.Segala-galanya bermula apabila beliau di pecat daripada kabinet pada tahun 1998.Di sinilah segala-galanya bermula dan Anwar seharusnya sedar betapa rakyat menolak kepimpinannya sehinggakan ramai di kalangan pemimpin dan sahabat yang pernah bersama dalam gerakan reformasi telah meninggalkannya.

Datuk Jahara turut menyifatkan Anwar tidak lagi mampu berjuang untuk rakyat selain daripada memperolok-olokkan demokrasi negara dengan pelbagai pembohongan serta fitnah malahan PRK Kajang juga sebenarnya menjadi bukti kepada rakyat betapa permainan politik kotor ini sedang di budayakan. 

Selain daripada itu sikap mementingkan keluarga dan juga kroni sendiri menjadi asas kepada perjuangan songsang Anwar Ibrahim.Ini sebenarnya mudah untuk di buktikan dengan melihat kepada persidangan di peringkat cawangan-cawangan PKR sendiri yang sering bermasalah.

Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sekiranya rayuannya di Mahkamah Persekutuan ditolak, sekaligus membuka laluan untuk diadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Mengikut undang-undang, seorang Ahli Parlimen atau ADUN yang dipenjara selama setahun atau lebih dan dikenakan denda RM2,000 atau lebih akan hilang kelayakan mereka dan pilihan raya perlu diadakan.

Jaharah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Telok Air Tawar menambah agenda serta matlamat Anwar akan diteruskan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini.

"Tentulah, mestilah...mereka sehati dan sejiwa dalam apa jua perjuangan mereka.

"Saya harap pengundi Kajang matang dan berfikir...nak bagi lagi (undi) pada keluarga Anwar?

"Lihat isu besar iaitu isu air, kerajaan pusat juga yang boleh membantu," katanya.

Nasihat Jahara di rasakan amat bertepatan sekali memandangkan apa yang telah di lakukan oleh Anwar terhadap landskap politik negara Malaysia.Kehadiran Anwar dan gerakan reformasinya jelas telah menyebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia kini terjebak dalam budaya politik fitnah yang mampu meruntuhkan institusi negara.

Thursday, March 20, 2014

10 Cara-Cara Untuk Menjimatkan Air




klik untuk tumbesaran

Salah satu cara untuk jimatkan air.. Selalu la amalkan ya. Lagi-lagi bagi kawasan yang selalu takde air ni.


Friday, March 7, 2014

GA Mac 2014 by Emas Putih


Assalamualaikum


Sila tekan banner di atas jika nak join.


Zed Zaidi Perli MAS Pasal Kejadian Kapal Terbang MH370 Hilang


Pagi semalam Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 destinasi Kuala Lumpur – Beijing dan sepasti mungkin rakyat Malaysia turut terasa kerisauan ahli keluarga para penumpang dan anak kapal seramai 239 orang tersebut.
Tapi yang menyedihkan dan menyentap hati bila ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu nie dan memberi kenyataan yang sangat tak patut dikatakan, lebih-lebih lagi bila individu tersebut bergelar selebriti & pemimpin (?)
Zed Zaidi tadi telahpun memuatnaik satu statement yang mengundang reaksi negatif dari masyarakat dan menampakkan ciri-ciri yang tak patut dijadikan contoh kat Twitter berbunyi begini:
“Biar betik? Kapal terbang MAS yg besar gedabak tu boleh hilang? MAS Rugi, nasi lemak telanjang, asam pedas ikan takde skrg kapal hilang!”

Beberapa artis seperti Erma Fatima, Khir Rahman & Hafiz Hamidun menegur perbuatan Zed Zaidi tu.
Zed dahpun membuang status tersebut dan menggantikannya dengan status baru.


Wednesday, March 5, 2014

Keji !! Anak Berzina Dengan Isteri Orang Di Depan Ibu Lumpuh



Anak Berzina Dengan Isteri Orang Di Depan Ibu Lumpuh | Melaka : Seorang ibu lumpuh hanya mampu melihat anak lelakinya bersekedudukan dengan kekasih hatinya yang sarat mengandung di rumah mereka sejak lebih lapan bulan lalu di Duyong, di sini.

Malah, lebih menyedihkan apabila nasihat dan titisan air mata ibunya berusia awal 60-an selama ini bagai tidak diendahkan lelaki berusia 32 tahun itu.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki terbabit berakhir selepas kediaman itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Difahamkan, wanita sarat mengandung itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah milik lelaki terbabit selepas menerima aduan sebelum menemui pasangan berkenaan.

Katanya, pihaknya turut menemui ibu kepada lelaki terbabit yang didapati lumpuh dan hanya mampu bercakap di kediaman berkenaan.

“Soal siasat terhadap pasangan terbabit mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan pernikahan, manakala wanita itu pula didapati mengandung dan mengakui tinggal bersama di situ sejak tahun lalu.

“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut berikutan didapati bersekedudukan serta wanita itu pula hamil luar nikah hasil hubungan mereka,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, ibu kepada lelaki terbabit ketika ditanya memberitahu selama ini dia sudah puas menasihati anaknya kerana membawa pulang wanita itu tinggal bersama mereka.

Namun, dakwa wanita itu, anaknya tidak mempedulikan nasihat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana keadaan kesihatannya.

“Berdasarkan siasatan mendapati lelaki terbabit membawa wanita itu tinggal ke rumahnya sejak awal kehamilannya.

“Dia mahu memberi perlindungan terhadap wanita itu sehingga bersalin walaupun mengetahui tinggal serumah dengan bukan mahram salah.

“Wanita berkenaan mempunyai dua anak dan mendakwa sudah ditinggalkan suaminya sejak lima tahun lalu dan mengenali lelaki terbabit sebelum dia berkahwin,” katanya. – Credit HM

Terkini: Suspek Buang Al-Quran Di Masjid Limbongan Dikenalpasti



Pelaku kes buang Al-Quran dalam tandas Masjid Limbongan, Besut telah dikenalpasti dengan tertangkapnya seorang lelaki di Kampung Pengkalan Teras, Keluang malam tadi. Lebih mengejutkan, lelaki berusia 28 tahun itu juga mengaku pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.
Namun begitu, dari maklumat terkini yang diterima, seorang pemuda mengaku sebagai sepupu suspek telah mengeluarkan kenyataan di FB beliau dan telah membuat pengesahan bahawa suspek seorang pesakit mental.
Dalam kejadian semalam, suspek pulang ke rumah dengan kaki yang berdarah dan memberitahu keluarganya dia kemalangan. Suspek telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan pihak hospital memaklumkan kecederaan itu akibat terkena serpihan kaca.
Setelah didesak, suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan kini berada dalam tahanan polis.
Sepupu suspek juga meminta supaya orang ramai tidak lagi menjadikan suspek sebagai sasaran maki hamun. Beliau juga mengharapkan doa orang ramai supaya sepupunya itu kembali normal seperti sebelum ini.

Tuesday, March 4, 2014

(Gosip) Dimaki-Hamun Di Laman Sosial – Hanez Suraya


Berat betul harga sebuah gelaran ‘selebriti’ nie. Tak semua orang sebenarnya boleh pikul. Kenapa? Bayangkan kalau anda ada buat salah sikit atau timbul apa-apa kontroversi yang melibatkan diri anda, konfim anda akan dihentam seteruk-teruknya oleh peminat dan keyboard warrior.
Terbaru, mengenai kontroversi yang melanda Hanez Suraya dan seorang suami orang, Nampaknya Hanez Suraya dihentam dengan teruk oleh peminat dan walaupun Hanez ada mengatakan yang dia tak tertekan, tapi MiG Online yakin sekuat manapun seseorang tu, mesti sentap gila *xoxo* bila baca maki hamun yang diberikan oleh peminat. Bukan sikit, tapi boleh kata 95% memberi reaksi negatif kat Hanez, sebagai contoh:
Memang pedas berbisa kata-kata peguam tak rasmi nie. Kata Hanez:
“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah”
“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka”
“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya,”
Apapun, kita tunggu la esok, katanya bakal berlangsung sidang media dari pihak Hanez untuk menerangkan segalanya. Kita nantikan yea?
Kredit: Rotikaya

Monday, March 3, 2014

[Gosip} Wajah Sebenar Mr. R Kekasih Hanez Suraya, Suami Kepada Liyana Manan




Inilah wajah Kekasih Hati merangkap suami yang dirampas dari seorang wanita yang bernama Liyana Manan tu.. Korang tengok tangan duk tang mana tu. Ish3.. Malas la nak cakap apa. Buat entry ni pun dah rasa dosa. 


Rasanya diorang tak perlu kot hidden muka lelaki ni. Btw Hanez, pulangkan balik la laki orang tu. Yang Mr R ni pun entah betul ke tak nak kat kau ni. Kalau dah berbini pun boleh curang. Sat lagi ngan hang pun mesti jadi benda sama. Nanti kau pulak merasa apa yang si isterinya merasa selama 8bulan ni.. 

p/s : Mmg lah kita tak boleh lari dari JODOH dah Allah Swt yg tentukan, atleast kau sebagai perempuan. Hormatlah dgn perempuan, takyahlah nak rasa diri tu hebat je. Tak mustahil kalau sekarang boleh buat kat Isteri yg susah payah dgn dia, nanti kau pulak yg kena.


Sunday, March 2, 2014

[Gosip] Hanez Suraya Memang Rampas Suami Saya 6 Bulan Lalu


Sebelum ini, pelakon Hanez Suraya mendakwa kekasihnya berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang. Dia turut menafikan cuba merampas jejaka bernama R dari isterinya dikenali Liyana Manan.




Bagaimanapun, Hanez rupanya berbohong kepada media kerana dia memang tahu status kekasihnya dari dulu lagi sehingga memaksa beliau memohon maaf.



Menerusi Berita Harian hari ini, Liyana Manan telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.


“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah.”

“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!”


“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya.”


“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”



Dalam pada itu, Liyana Manan juga menunjukkan beberapa keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.



“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R.”




Sumber : Rotikaya


Kejam !! Doktor Beri Racun Pada Bayi



Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.
Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu. 
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas. 

KHAIRUL mendukung Nasrullah yang melecur 100 peratus akibat tersalah ubat yang diberikan doktor ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.