Sunday, February 9, 2014

Zizan Ungguli anugerah Meletop ERA 2013




PELAKON dan pelawak, Zizan Razak menggondol Anugerah Meletop Era 2013 apabila memenangi empat kategori membabitkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi dalam acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam tadi.
 
Zizan memenangi kategori Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop yang setiap satunya memperuntukan wang tunai RM5,000 dan trofi.
 
Bagi Anugerah WeChat Meletop pula dia mendapat RM15,000 manakala Top Top Meletop (Lelaki), wang tunai diterimanya ialah RM10,000 beserta trofi.
 
Tempat kedua tertinggi dimenangi oleh Hafiz Suip yang mendapat tiga anugerah iaitu bagi kategori Grup/Duo Meletop gandingannya bersama Datuk Siti Nurhaliza, Lagu Meletop (Bahagiamu Deritaku) dan Penyanyi Meletop.
 
Menerusi Lagu Meletop, Bahagiamu Deritaku berjaya menewaskan lagu popular seperti Galau (Siti Nurhaliza), Infiniti Cinta (Zizan & Kaka), Kita (Forteen) dan Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza).
 
Bagi tiga anugerah itu, Hafiz memperoleh wang tunai keseluruhan RM15,000 dan juga trofi sumbangan Astro.
 
Pelakon Love You Mr Arrogant iaitu Zara Zya pula turut mendapat wang tunai RM15,000 apabila memenangi kategori Top Top Meletop (Wanita) yang memperuntukkan RM10,000 dan Artis Baru Meletop (RM5,000).

Berikut senarai pemenang Anugerah Meletop 2013:

Top Top MeleTOP Lelaki: Zizan Razak

Top Top MeleTOP Wanita: Zara Zya

Lagu Meletop: Bahagiamu Deritaku (Hafiz)

Penyanyi Meletop: Hafiz Suip

Program Radio Meletop: Johara Pagi Era

Penyampai Baru Radio Meletop: Nabil - Era FM

Grup/Duo Meletop: Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza

Filem Meletop: KL Gangster 2

Bintang Filem Meletop: Aaron Aziz - KL Gangster 2

Program TV Meletop: Maharaja Lawak Mega 2012

Bintang TV Meletop: Jepp Sepahtu - Super Spontan 2013

Bintang Siber Meletop: Zizan Razak

Couple Meletop: Nabil Ahmad dan Nazirah

Artis Baru Meletop: Zara Zya

Fesyen Meletop: Zizan Razak

Artis Serantau Meletop: Sleeq

Artis WeChat Meletop: Zizan Razak

No comments:

Post a Comment