Monday, February 17, 2014

5 Gambar Wajah Sebenar Artis Akademi Fantasia Curi Basikal Bernilai RM14k


Semalam gempar dengan media hiburan tempatan berkenaan kes penangkapan seorang artis Akademi Fantasia 2013 yang ditangkap kerana mencuri basikal yang bernilai RM14,000 ketika melakukan operasi pecah rumah bersama dengan rakannya yang lain.


Menurut sumber OH Media, artis tersebut adalah Suhada AF, salah seorang dari peserta Akademi Fantasia 2013 yang terkeluar pada minggu ke tujuh.





Suhada yang juga berasal dari Sabah ini dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.


Mereka ditahan pada jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis ‘Bianchi’ dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.



Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

 sumber

P/S : Macam-macam hal la.. Dia kan artis, takkan takde duit nak beli kot.

No comments:

Post a Comment