Monday, January 20, 2014

Gossip: Zizan Razak, Emma Maembong Bercumbu Dalam Kapal Terbang?


Baru sahaja rasanya kita dengar kisah gembira pasangan ini bercuti sakan bersama rakan rakan ke Amerika Syarikat, ada pula khabar kurang enak sampai ke pengetahuan media tentang perilaku Zizan Razak & Emma Maembong.
Utusan Malaysia menerusi ruangan gossip mereka menulis yang ada sumber menyampaikan tentang Zizan Razak & Emma Maembong yang khabarnya bercumbu dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?”
“Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta. Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku — habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah?” -rotikaya-

No comments:

Post a Comment