Monday, January 13, 2014

Ditipu Penjual Telefon Bimbit



JEMPOL -  Dua pembantu khas Adun Bahau membuat laporan polis selepas berasa tidak puas hati dengan seorang lelaki yang dipercayai menjual telefon bimbit tiruan, Khamis lalu.

Lian Wen Yang dan Lai Cheng Yew, kedua-duanya berusia 30-an, mendakwa lelaki tersebut berumur lingkungan 40-an cuba memperdaya mereka selepas selesai membuat urusan di sebuah bank dekat sini.

Menurut Wen Yang, lelaki tersebut dipercayai menjual telefon bimbit tiruan berjenama Samsung di hadapan bank berkenaan sekitar 11 pagi.

"Pada awalnya, lelaki itu dilihat menawarkan telefon berkenaan kepada seorang perempuan di kaki lima seterusnya, saya menjadi sasaran lelaki itu."Lelaki itu menunjukkan telefon jenis Samsung Note 3 Mini yang baharu dan saya difahamkan model berkenaan masih belum berada di pasaran. Namun lelaki terbabit menjawab pertanyaan saya seperti rasa tidak puas hati,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Wen Yang berkata, dia kemudiannya menahan lelaki terbabit lalu memaklumkan insiden itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, selain berharap orang ramai tidak akan menjadi mangsa.

No comments:

Post a Comment