Saturday, December 14, 2013

(TAHNIAH) Ayu Raudhah Kini Hamil Anak Kedua


Jutaan tahniah diucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita kehamilan anak kedua mereka. Semoga semakin murah rezeki mereka berdua dengan kehadiran cahaya mata baru ini.


Berita gembira ini telah dikongsi sendiri oleh Ayu Raudhah kepada MediaHiburan ketika majlis pernikahan kakaknya, Rozita Che Wan. Menurut Ayu, kandungannya kini telah berusia 4 bulan. Nampak gaya sekitar bulan 5,6 nanti akan lahirlah permata hati kedua mereka. Anak pertama mereka iaitu Muhammad Aisy Qaiser telah dilahirkan Mac yang lalu.





Semoga kehamilan kali ini berjalan dengan lancar dan mudah buat Ayu Raudhah. Harap-harap dapat “baby girl” untuk melengkapkan sepasang. Sama-samalah kita doakan. 

No comments:

Post a Comment