Saturday, December 21, 2013

Skandal Adi Putra, Nooraida Dicerai Suami Dengan Talak Satu

PUTRAJAYA: Kontroversi skandal Adi Putra membahang lagi apabila Amiruddin Othman, 56, mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abd Mutalib, semalam.
Amirudin berkata, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu. 

AMIRUDDIN Othman (tengah) bersama peguam Muhammad Hasif Hasan (kiri) dan Kassim Osman selepas menyerahkan surat representasi di Pejabat peguam Negara.

"Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment