Tuesday, December 10, 2013

Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong


Rasanya semua orang tahu akan kemesraan yang wujud di antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Namun sehingga ke hari ini, sama ada Emma atau Zizan masih berdiam diri dan enggan menguar-uarkan status hubungan mereka.


Namun Emma Maembong hari ini menerusi Harian Metro memberitahu ada sebabnya dia hanya mahu peminat mengetahui hubungannya dengan Zizan sekadar kawan rapat. Kata Emma:-

Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.
Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat
Menarik juga konsep yang diguna pakai oleh Emma Maembong ini. Secara logik ada kebenaran kata-katanya. Kalau bagitau lebih-lebih, tup-tup tak jadi memang boleh bikin malu. Kalau betul-betul bercinta pun, lebih baik hanya mereka berdua sahaja yang tahu perasaan itu. Tambah Emma lagi:-
Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa sesuai. Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini 
Nampak gayanya peminat yang mahukan Zizan dan Emma bercinta kenalah tunggu Zizan masuk meminang Emma. Setakat sekarang ini, anggap sahajalah mereka sekadar kawan rapat. Apa pun,  CH tengok Zizan dan Emma ini memang sama padan sama cantik orangnya. Semoga suatu hari nanti apabila sudah ada hubungan yang sah, mereka akan tampil ke hadapan untuk memaklumkannya kepada semua orang. Jangan sorok-sorok pulak.

No comments:

Post a Comment