Monday, December 23, 2013

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 2014



Rasanya ramai yang tertunggu akan pendaftaran dan permohonan untuk BR1M 4. Borang kini sudah boleh diisikan secara online atau dalam talian menerusi laman web Hasil milik LHDN. Anda boleh mengisi borang pendaftaran dan permohonan baru BR1M 4 ini di pautan berikut - E-BR1M

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 4

Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu perlu pastikan syarat-syarat yang disertakan dipenuhi. Jika tidak, anda dikategorikan sebagai tidak layak untuk memohon.

Borang Permohonan Baru BR1M 2014

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2014

       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

•   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)   
•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Jika syarat tersebut telah dipenuhi, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan. Malah, bagi mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini, boleh mengemaskini data berkaitan jika perlu.

Kepada mereka yang layak, anda akan menerima makluman seterusnya samada menerusi pos atau email atau dihubungi terus oleh pihak LHDN.

Daftar di sini - E-BR1M 2014

Credit : Bro Hasrul Hassan

No comments:

Post a Comment