Thursday, December 12, 2013

Pelakon Johan As'ari Kemalangan



Pelakon Johan As'ari Kemalangan - Pelakon popular, Johan As'ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.

Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran.  Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment