Saturday, December 14, 2013

Erma Fatima Bayar RM1 Kepada Rabecca Nur


Selepas menghantar syiling 5 sen untuk wang tuntutan saman terhadap syarikat produksi milik Erma, Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd yang membabitkan pelakon Rabecca Nur Islam, Erma mengambil keputusan untuk menghantar wang saman sejumlah RM11,200 menggunakan nota RM1 
ke firma guaman Rabecca pada Isnin.

“Ramai yang beranggapan tindakan saya ini keanak-anakan dan beremosi. Saya sudah lama berkecimpung dalam industri lebih 25 tahun, jadi anggaplah ini satu pengajaran seorang kakak kepada adiknya. Saya tidak kisah jika orang nak mengkritik saya,” kata Erma. 


“Pengajaran di sebalik episod ini ialah moral di sebalik apa yang berlaku. Rabecca sudah menerima haknya jadi perkara ini saya anggap sudah berakhir,” tambahnya lagi.  
Selepas menerima wang saman itu, Rabecca menulis mesej ringkas kepada pihak media. Mesejnya berbunyi: ‘Mengalah tidak bererti kalah. Pagi tadi (10-12-2013), firma  peguam saya menerima wang kertas RM1 pula dari pihak Puan Fatimah Rahmad (Erma Fatima)… tidak mengapa jika cara itu boleh MEMUASKAN HATI insan yang bernama Fatimah Rahmad. Saya redha, terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad… Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala-galanya. Syukur, Alhamdulillah, blessed , Amin. Terima kasih juga kepada semua teman wartawan, keluarga dan sesiapa sahaja yang menyokong saya, mahupun mengutuk saya. Jasa anda semua hanya Maha Esa dapat membalasnya. Dan  espk pagi (11-12-2013) jam 8 pagi, saya akan bertolak ke Kuantan, Pahang untuk membantu dan berjumpa mangsa-mangsa banjir. Doakan yang baik-baik. TQVM”
  
"Saya redha, terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad," kata Rabecca.

Pada minggu lalu, Erma telah menghantar duit dalam bentuk syiling 5 sen ke firma guaman Rabecca. Terkejut, Rabecca memulangkan semula syiling itu kepada Erma. Syarikat produksi Erma telah disaman selepas pengarah itu gagal melunaskan baki bayaran sebanyak 40 peratus kepada Rabecca untuk drama terbitan Rumah Karya berjudul, ‘Devaju Di Kinabalu’ pada tahun lalu.
Tindakan Erma telah menghentikan watak Rabecca tanpa memberi notis pemberitahuan  menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menyaman syarikat pengarah itu.

No comments:

Post a Comment