Sunday, December 15, 2013

Caj Masuk Tandas Awam Cekik Darah




MARANG - Pelancong yang berhenti rehat di Pantai Kelulut, merungut caj dikenakan untuk
menggunakan tandas awam dekat sini, agak mahal selain mendakwa perkhidmatan yang diberi tidak memuaskan.
Asyraf Abdul Aziz, 23, yang berhenti rehat bersama keluarganya di pantai peranginan itu berkata, caj masuk ke tandas awam terletak berdekatan medan selera itu agak mahal berbanding kemudahan tandas awam lain setaraf dengannya.

Lebih mengejutkan katanya, caj dikenakan untuk mandi di situ sebanyak RM1.30 sen adalah tidak masuk akal dan membebankan pengunjung, khususnya mereka yang membawa anak-anak bermain pasir di pesisir pantai itu.

“Kami terkejut kerana caj dikenakan untuk masuk ke tandas sebanyak 50 sen, ia agak mahal berbanding tandas awam setaraf dengannya. Di Bandaraya Kuala Terengganu, hanya 30 sen.

“Sepatutnya pihak pengurusan lebih bertolak ansur kerana kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan dan ramai pengguna jalan raya akan berhenti untuk merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan,” katanya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.  


Seorang lagi pelancong, Hamidah Sulaiman, 40, mengakui peningkatan perkhidmatan dari segi kebersihan dan bangunan tandas awam itu semakin baik, namun, ia bukan alasan untuk mengenakan caj tinggi kepada pengguna. - SINAR HARIAN TERENGGANU


No comments:

Post a Comment