Tuesday, December 10, 2013

Aril AF Nikahi Pramugari 20 Disember Ini

Ternyata khabar angin Aril AF sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan seorang pramugari yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu adalah benar. Gadis bertuah yang berjaya mencuri hati Aril bernama Puteri Erma Edlinda dan bekerja di Saudi Arabian Airlines. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.


Majlis pernikahan bakal berlangsung di Wakaf Che Yeh, Kelantan, tempat kelahiran bakal isteri Aril AF. Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. Tahniah diucapkan buat Aril dan Puteri Erma Edlinda atas berita gembira ini. Beberapa keping lagi gambar bakal isteri Aril AF dengan membaca artikel ini sepenuhnya.









Credit : Abg Nara

No comments:

Post a Comment