Friday, September 20, 2013

Khasiat Lempoyang


Hai.. Selamat Malam.. Malam ke ni? haha.. Okay, ini adalah tradisi arwah nenek (kami panggil arwah atuk) hawa. Masa kecik-kecik dulu kalau balik kampung(melaka), mesti arwah atuk buatkan lempoyang yang telah dikisar dengan air. So kita minum air tu. Sekarang arwah atuk dah xde, kami dah tak amalkan minum air tu tapi makan Lempoyang tu macam makan ulam-ulaman. Sedap sangat. So malam ni hawa nak share sikit khasiat lempoyang.



TAHUKAH ANDA pokok apakah ini???
Inilah pokok Lempoyang

Nama saintifiknya adalah 
Zingiber Zerumbet, merupakan sebahagian dari keluarga ginger/ halia. Pokoknya mempunyai bunga yg cantik dan ubi seakan halia. Malah ada sesetengah org menjadikan pokok ini sbgai hiasan pokok landskap. Cara ia membiak seakan sama seperti halia dan secara naturalnya ia tumbuh di kawasan semak samun.

TAHUKAH ANDA khasiat Lempoyang ini???
*Khasiat Lempoyang ini digunakan secara tradisional utk membersih dan mencantikkan kulit wajah iaitu dgn cara meminum air perahan kulit ubinya yg dikikis dan dicampur bersama sedikit madu.
*Selain itu khasiatnya juga dapat mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan. Merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat juga memperbanyakkan air susu badan.

***
Mengikut laporan kajian yang dibuat oleh UPM Serdang;
“Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik 
Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim tanpa sebarang kesan sampingan.
Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain”.
Ketua penyelidik, Dr Ahmad Bustamam Abdul.

Kalau tak tahu apa itu lempoyang. Cuba tanya orang tua2. Mesti dia tahu. ;)

No comments:

Post a Comment